Friday, May 9, 2008

Selangor Akan Pastikan Hutan Yang Diceroboh

Suarakeadilan - Kerajaan negeri Selangor akan pastikan tidak akan ada aktiviti pertanian atau pembangunan dijalankan di atas 650 hektar tanah hutan simpan bakau yang telah diceroboh dan ditebang pokok-pokoknya di hutan simpan Raja Musa dan Tanjong Karang terlebih dahulu sebelum memburu mereka yang bertanggungjawab, kata Menteri Besar Khalid Ibrahim.

Beliau berkata, mereka yang membeli tanah itu tidak akan dibenarkan meneruskan sebarang aktiviti di atas tanah hutan simpan berkenaan.

Bagaimanapun, kerajaan negeri akan berikan bantuan guaman jika mereka merasa telah ditipu semasa membeli tanah berkenaan dan ingin mengambil tindakan undang-undang ke atas pihak yang menjualnya, katanya di sini Rabu.

Semalam, pengerusi Jawatankuasa Tetap Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan Yaakob Sapari dan Adun kawasan Sekinchan, Ng Swee Lim yang disertai sekumpulan wartawan melawat kesan pencerobohan ke atas hutan simpan yang dikatakan kawasan tadahan hujan bagi kawasan Tanjong Karang dan Sekinchan yang merupakan kawasan ‘Jelapang Padi’ negeri Selangor....seterusnya [KLIK]

0 comments:

  © Blogger template 'Perhentian' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP