Friday, May 9, 2008

Anwar Mungkin Berjaya - Mahathir

kadirjasin - [...] Sekiranya ini berlaku ia bukan kerana kekuatan Anwar tetapi lebih disebabkan oleh kelemahan kerajaan BN yang bersikap seolah-olah tidak ada apa yang mengancam sedang berlaku dan memandang sepi protes pengundi.

Anwar yang juga penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah mendakwa secara terbuka bahawa pihaknya mempunyai cukup sokongan Ahli Parlimen BN untuk membentuk kerajaan pusat selewat-lewatnya pada Hari Malaysia 16 September ini.

Kata Dr Mahathir jika Anwar mampu membuat janji dan memberi ganjaran yang cukup menarik, dia tidak terperanjat kita cukup ramai Ahli Parlimen BN, khasnya dari negeri-negeri bukan Semenanjung, yang tergerak untuk menyeberang ke pihak Pakatan Rakyat.

“Kalau mereka cukup yakin bahawa penyertaan mereka akan membolehkan Pakatan Rakyat membentuk kerajaan dan mereka mendapat kedudukan, mereka akan berpaling tadah,” katanya.
...seterusnya [KLIK]

0 comments:

  © Blogger template 'Perhentian' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP