Friday, May 9, 2008

Anwar Perangi Rasuah Sejak Dahulu – Azmin Ali

Suarakeadilan - Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali hari ini menegaskan bahawa Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Anwar Ibrahim telah lama memerangi rasuah sejak pemimpin ulung itu masih berada dalam kerajaan lagi. Beliau berkata demikian ketika mencelah ucapan Ahli Parlimen Batu Pahat, Mohd Puad Zarkashi.

Mohd Puad ketika menyampaikan ucapannya telah berkata bahawa, ‘Anwar ketika sedang berkuasa (di dalam kerajaan) tidak menjalankan usaha untuk membenteras rasuah tetapi hanya ketika sudah tidak berkuasa barulah beliau bersungguh-sungguh berjuang untuk menghapuskan rasuah’. Begitu juga dari segi menghapuskan ISA yang menurut Mohd Puad tidak dilakukan ketika pemimpin itu masih di dalam kerajaan.

Menurut Azmin, dengan merujuk kepada usaha Anwar semasa memangku jawatan Perdana Menteri, dimana bakal Perdana Menteri itu ketika waktu itu sedang berusaha membawa kepada Parlimen bagi menggubal dan meminda suatu rang undang-undang yang boleh mendakwa sesiapa yang melakukan rasuah walaupun telah bersara dari jawatan yang disadang oleh seseorang penjawat awam ataupun pemimpin politik. Namun usaha tersebut dihalang oleh Perdana Menteri pada masa itu....seterusnya [KLIK]

0 comments:

  © Blogger template 'Perhentian' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP