KEMANA ARAH PEJUANG-PEJUANG PARTI PKR DALAM NEGERI SELANGOR SELEPAS PRU12.
Assalammualaikum dan salam sejahtera,
Saya terpanggil untuk menulis tajuk 'KEMANA ARAH PEJUANG2 PARTI PKR DALAM NEGERI SELANGOR SELEPAS PRU12".
Selepas PRU12, PKR dibawah pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim telah menerajui Negeri Selangor dalam era kepimpinan baru. Semua kepimpinan banyak dari golongan profesional diambil berkhidmat untuk kerajaan Negeri Selangor dari EXCO kerajaan, pengarah-pengarah urusan syarikat kerajaan negeri sehingga kepada ahli-ahli majlis kerajaan tempatan (PBT), sehingga saya lihat tidak ada ruang langsung kepada pentadbir-pentadbir parti PKR dari Bahagian-Bahagian untuk turut serta.
Kita semua sedia maklum, Kerajaan Negeri perlu kepada golongan profesional untuk mengurus Negeri Selangor tetapi sedikit ruang juga perlu ada kepada golongan parti PKR untuk turut serta. Saya bersimpati kepada golongan pejuang-pejuang parti PKR yang berjuang dengan tenaga, masa dan wang ringgit untuk mencapai kemanangan pada PRU12. Mereka-mereka ini dari kepimpinan Bahagian-Bahagian dari seluruh Selangor yang kelulusan tidak setinggi mana iaitu hanya setakat Diploma, STPM, SPM dan jauh sekali dari golongan profesional. Mereka bukan kontraktor-kontraktor besar, bukan orang-orang yang mempunyai lesen-lesen perniagaan. Mereka-mereka ini dari golongan sederhana yang hanya cukup makan untuk sekeluarga sahaja. Ada juga dikalangan mereka yang bekerja sendiri dan yang makan gaji dengan gaji yang tidak setinggi mana.
Kini kepimpinan diperingkat Bahagian merasa sangat tertekan. Masyarakat disekeliling mula menuding jari kepada mereka iaitu pejuang-pejuang parti PKR. Masalah-masalah diperingkat bawah banyak yang perlu diselesaikan. Banyak masalah yang perlu diatasi segera seperti masalah dengan PBT, Pejabat Daerah, masalah semasa seperti banjir dan lain-lain. Dalam masa yang sama mereka tidak punya apa-apa jawatan didalam kerajaan mahupun PBT. Saya mula sedar kerajaan negeri perlu kepada golongan profesional untuk menjayakan kerajaan negeri. Pejuang-pejuang PKR mula menjauhkan diri dengan kerajaan negeri. Mereka mula rasa kecewa yang teramat sangat, hiba dan rasa rendah diri. Golongan-golongan yang dulu diluar parti kini mula menyertai parti. Penyertaan beramai-ramai mula wujud. Pergeseran di peringkat Bahagian telahpun bermula. Saya mula terfikir siapakah yang layak memimpin parti PKR
diperingkat Bahagian. Memimpin parti juga memerlukan wang untuk membayar semua pejabat dan juga pekerja. Pejuang-pejuang PKR tidak mempunyai wang untuk mentadbir parti di tambah pula mereka tidak ada apa-apa jawatan didalam kerajaan ataupun PBT. Maka, kini sudah sampai masa pejuang-pejuang parti PKR untuk duduk dirumah menjaga anak dan isteri. Kita serah kepada golongan-golongan profesional untuk mentadbir PKR diseluruh Bahagian di Selangor. Ini adalah kerana mereka mempunyai kewangan yang kukuh, pengaruh dan kuasa. Kalau semasa UMNO dan BN memerintah Selangor mereka menggunakan kuasa untuk mengaut harta atau kekayaan, sekarang golongan profesional pula yang mengurus negeri dari A hingga ke Z. Kita sama-sama lihat golongan profesional turun ke kampung-kampung, taman-taman perumahan menyelesaikan masalah penduduk. Kita biarkan pakar dalam bidang -bidang mereka dalam menyelesaikan masalah.
Kesimpulannya, dalam politik PKR tidak sama dengan UMNO. Didalam UMNO orang berebut jawatan untuk mendapatkan kuasa dan kekayaan. Dalam PKR orang berebut-rebut hendak menjadi golongan profesional baru dapat jawatan dan kuasa. Kesudahannya politik PKR hanya untuk orang-orang yang ada PHD, peguam, pakar-pakar kejuruteraan dan doktor-doktor sahaja. Setakat SPM, STPM, Diploma jangan dekat. Terimalah kenyataan "Burung pipit tak dapat lawan burung helang". Rumah rumbia tidak sama dengan rumah banglo.
Wassalam.