Tuesday, May 13, 2008

Isu Kerugian Petronas - Menteri Gagap dan Tidak Menjawab



suarakeadilan [...] Dr. Wan Azizah juga turut bertanyakan soalan mengapa Petronas boleh terlibat memasuki perjanjian demikian di samping mempersoalkan mengapa negeri-negeri yang mengeluarkan hasil minyak dan gas seperti Terengganu, Sabah dan Sarawak adalah merupakan negeri-negeri yang paling miskin di Malaysia.

Soalan tajam tersebut tidak dapat dijawab oleh wakil dari Kerajaan yang mewakili Perdana Menteri untuk menjawabnya sebaliknya memberikan jawapan yang jauh meleset dengan fakta yang dikehendaki. Bahkan semasa di awal ucapan untuk menjawab soalan tersebut, Menteri berkenaan agak tergagap untuk menjawab soalan berkenaan.

Menteri Senator berkenaan hanya memberikan jawapan yang tidak munasabah dengan mengatakan bahawa perjanjian tersebut dibuat atas kos bagi mengeluarkan petrol dan gas cecair memerlukan pelaburan yang besar oleh itu ianya memerlukan Petronas untuk mendapatkan kontrak jangka panjang dari segi keuntungan jangka panjang kepada Korea, Jepun dan Taiwan. Beliau turut cuba memesongkan fakta dengan mengatakan bahawa harga jualan bahan tersebut diselaraskan mengikut formula tertentu berpandukan harga pasaran semasa.

Berdasarkan jawapan tersebut, jelas menunjukkan kerajaan enggan menjelaskan kerugian sebenar yang terpaksa ditanggung Petronas di samping tidak mahu secara telusnya mendedahkan tempoh kerugian yang secara terus menerus ditanggung oleh syarikat kerajaan tersebut.

Menteri berkenaan turut tidak menjawab soalan mengapa ketiga-tiga negeri pengeluar petroleum berkenaan adalah merupakan negeri yang paling miskin di negara ini. Sebaliknya mengelak dengan memberi jawapan bahawa negeri-negeri tersebut telah diberikan 5% royalti petroleum oleh Kerajaan Persekutuan sebagaimana yang ditetapkan mengikut perjanjian.

Berikutan jawapan yang diberikan, Dr. Wan Azizah meminta Menteri berkenaan untuk menjawab soalan tersebut namun Menteri itu bertegas menyatakan bahawa beliau telah menjawab soalan berkenaan.

...seterusnya [KLIK]

0 comments:

  © Blogger template 'Perhentian' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP