Sunday, June 8, 2008

KEMANA ARAH PEJUANG-PEJUANG PARTI PKR DALAM NEGERI SELANGOR SELEPAS PRU12.

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Saya terpanggil untuk menulis tajuk 'KEMANA ARAH PEJUANG2 PARTI PKR DALAM NEGERI SELANGOR SELEPAS PRU12".

Selepas PRU12, PKR dibawah pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim telah menerajui Negeri Selangor dalam era kepimpinan baru. Semua kepimpinan banyak dari golongan profesional diambil berkhidmat untuk kerajaan Negeri Selangor dari EXCO kerajaan, pengarah-pengarah urusan syarikat kerajaan negeri sehingga kepada ahli-ahli majlis kerajaan tempatan (PBT), sehingga saya lihat tidak ada ruang langsung kepada pentadbir-pentadbir parti PKR dari Bahagian-Bahagian untuk turut serta.

Kita semua sedia maklum, Kerajaan Negeri perlu kepada golongan profesional untuk mengurus Negeri Selangor tetapi sedikit ruang juga perlu ada kepada golongan parti PKR untuk turut serta. Saya bersimpati kepada golongan pejuang-pejuang parti PKR yang berjuang dengan tenaga, masa dan wang ringgit untuk mencapai kemanangan pada PRU12. Mereka-mereka ini dari kepimpinan Bahagian-Bahagian dari seluruh Selangor yang kelulusan tidak setinggi mana iaitu hanya setakat Diploma, STPM, SPM dan jauh sekali dari golongan profesional. Mereka bukan kontraktor-kontraktor besar, bukan orang-orang yang mempunyai lesen-lesen perniagaan. Mereka-mereka ini dari golongan sederhana yang hanya cukup makan untuk sekeluarga sahaja. Ada juga dikalangan mereka yang bekerja sendiri dan yang makan gaji dengan gaji yang tidak setinggi mana.

Kini kepimpinan diperingkat Bahagian merasa sangat tertekan. Masyarakat disekeliling mula menuding jari kepada mereka iaitu pejuang-pejuang parti PKR. Masalah-masalah diperingkat bawah banyak yang perlu diselesaikan. Banyak masalah yang perlu diatasi segera seperti masalah dengan PBT, Pejabat Daerah, masalah semasa seperti banjir dan lain-lain. Dalam masa yang sama mereka tidak punya apa-apa jawatan didalam kerajaan mahupun PBT. Saya mula sedar kerajaan negeri perlu kepada golongan profesional untuk menjayakan kerajaan negeri. Pejuang-pejuang PKR mula menjauhkan diri dengan kerajaan negeri. Mereka mula rasa kecewa yang teramat sangat, hiba dan rasa rendah diri. Golongan-golongan yang dulu diluar parti kini mula menyertai parti. Penyertaan beramai-ramai mula wujud. Pergeseran di peringkat Bahagian telahpun bermula. Saya mula terfikir siapakah yang layak memimpin parti PKR
diperingkat Bahagian. Memimpin parti juga memerlukan wang untuk membayar semua pejabat dan juga pekerja. Pejuang-pejuang PKR tidak mempunyai wang untuk mentadbir parti di tambah pula mereka tidak ada apa-apa jawatan didalam kerajaan ataupun PBT. Maka, kini sudah sampai masa pejuang-pejuang parti PKR untuk duduk dirumah menjaga anak dan isteri. Kita serah kepada golongan-golongan profesional untuk mentadbir PKR diseluruh Bahagian di Selangor. Ini adalah kerana mereka mempunyai kewangan yang kukuh, pengaruh dan kuasa. Kalau semasa UMNO dan BN memerintah Selangor mereka menggunakan kuasa untuk mengaut harta atau kekayaan, sekarang golongan profesional pula yang mengurus negeri dari A hingga ke Z. Kita sama-sama lihat golongan profesional turun ke kampung-kampung, taman-taman perumahan menyelesaikan masalah penduduk. Kita biarkan pakar dalam bidang -bidang mereka dalam menyelesaikan masalah.

Kesimpulannya, dalam politik PKR tidak sama dengan UMNO. Didalam UMNO orang berebut jawatan untuk mendapatkan kuasa dan kekayaan. Dalam PKR orang berebut-rebut hendak menjadi golongan profesional baru dapat jawatan dan kuasa. Kesudahannya politik PKR hanya untuk orang-orang yang ada PHD, peguam, pakar-pakar kejuruteraan dan doktor-doktor sahaja. Setakat SPM, STPM, Diploma jangan dekat. Terimalah kenyataan "Burung pipit tak dapat lawan burung helang". Rumah rumbia tidak sama dengan rumah banglo.

Wassalam.








7 comments:

Anonymous

yaaa betull....pejuang reformasi perlu diberi perhatian sewajarnya

Anonymous

Nampak nya perjuangan PKR untuk mencipta jawatan kosong untuk para bijak pandai. Sedangkan perjuangan kebiasaannya dilakukan oleh golongan tiada kelulusan. Dan setelah kejayaan di capai .... mereka bagaikan melukut di tepi gantang.

Sudah lah skim pinjaman di berikan kepada siswazah, lanjutkan pelajaran juga pada mereka. Yang tiada sijil jadi penyokong sampai ke tua. Walaupun semangat waja, cukup sebagai penabur baja. Bila buah sudah masak, dituai dek orang lain pula.

Kassim Selamat

Di zaman reformasi mereka² yg tiada berkelulusan inilah yg turun di jalan. Mengambil risiko di tangkap dan di belasah.

Bila dah memerintah maka timbullah golongan² nii konon merekalah pencetus hingga berjayanya pakatan rakyat berkuasa di lima buah negeri.

Saya spt sdr jugak...cergas di era refotmasi 1998. Bila sudah lumpuh begini...bertanya khabar pun tidak. Bukan kita hendak wang ringgit mereka, tapi bertanya khabar sudah memadai.

PKR dan Umno 2 x 5 saja.

Unknown

ﻪﺘﺎﻜﺮﺒﻮﷲﺍﺔﻤﺤﺭﻮﻡﻜﻴﻠﻋﻢﻼﺴﻠﺍ
Salam Hormat

Saya tertarik dengan penulisan saudara.

Terima kasih atas kesedaran saudara tentang perjuangan kawan2, saudara2 dan sahabat2 dalam mempertahan iodologi parti PKR terutama nya kewujudan PKR Bahagian Puchong.

Malangnya setelah kejayaan telah di capai mereka yang bersama sama Ketua bahagian dari tahun 1999 hingga PRU12 di lupakan jasa dan perjuangan mereka hanya kerana di penghujung Perjuangan dan atas kejayaan Parti memerintah beberapa negeri, teman teman, kawan kawan, sahabat sahabat dari Bahagian Puchong agak slow sebab Parti kita tidak dapat bertanding di Parlimen Puchong, dan sebahagian dari AJK dan Ajk membuat bantahan dan protes pada parti yang bertanding di Parlimen Puchong. Kita perlu ingat semua itu di lakukan mereka atas dasar mempertahan kewibawaan Ketua Bahagian bahkan beliau sendiri telah merestui tindakkan segulungan AJK dan Ahli PKR.

Tapi kini setelah nasib beliau dan hikmah di atas trajidi tersebut beliau berjaya jadi Calun di Kota Anggerik dan seterus dilantik menjadi Exco. Begitu besar harapan mereka mereka yang telah berjuang bersama sama beliau dari 1999 hingga sekarang yang menentukan Parti PKR Puchong terus wujud. Hari ini terlalu ramai yang ingin mengambil alih tampok kepinpinan Parti PKR Puchong. Dengan tiba tiba saja mereka setahun jagong bergiat dalam parti mendapat kepercayaan dari Ketua Bahagian, Contohnya perlantikkan Ahli Majlis hanya saorang saja yang dipilih dari lapan nama yang di calunkan Exco bahagian Puchong, Dua lagi tidak mendapat restu langsung dari Exco PKR Bahagian Puchong.

bagitulah Politik waktu belum berjaya mengharapkan kawan, saudara sahabat untuk sama sama berjuan, tapi bila dah berkuasa cakap pun dah berubah, keputusan bukan lagi dari mesyuarat Bahagian tapi atas kuasa yang ada dan atas tangan tangan dari luar dari AJK Bahagian.

Kita tidak Hairan jika berlaku perubahan besar dalam mesyuarat Penaja pada 15 Jun 2008, Sama sama lah kita hayati keputusan nya.

Kadok naik Junjung

Anonymous

Sdr. Hamdan seperti membuka pekong di dada sendiri. Jangan kawan makan kawan sudah lah........ Dan tak semestinya yang duduk rumah banglow tu golongan profesional. Ramai yg haprak. Budaya yg saya nampak sekarang ini ada 2/3 orang seperti ENAU DALAM BELUKAR

Awang Apong

bukak kepong di dada nampak. Jangan kawan makan kawan dan betul ke yang duduk rumah banglow tu profesional, profesioanal keeeeeeeeee

Anonymous

kalau penakut tak payah buat blog. Ape barang tapis tapis

  © Blogger template 'Perhentian' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP