Friday, May 9, 2008

Tol NPE Membebankan Orang Kampung

Suarakeadilan - [...] Ahli Dewan Undang Negeri (Adun) kawasan Taman Medan Haniza Talha berkata demikian di sidang akhbar yang diadakan di pejabat beliau pada 7 Mei lalu.

Menurut Haniza, penduduk Taman Medan terpaksa membayar RM 1.60 untuk laluan sehala yang dibina oleh JKR sedangkan NPE hanya menaiktaraf sahaja jalan tersebut.

Haniza, yang merupakan timbalan speaker negeri Selangor menggesa kerajaan supaya mengkaji kadar tol di NPE ini kerana keADILan bimbang ia akan membebankan lagi masalah rakyat yang kian meruncing dengan tekanan ekonomi yang melanda sekarang.

Menurut beliau lagi, kewujudan tol di NPE ini menyebabkan beberapa permasalahan serius di kawasan itu. Tambahnya, pernah hampir berlaku kemalangan di kawasan sekolah berhampiran apabila murid sekolah melintas jalan kerana keadaan jalan yang terlalu sesak.

Beliau menambah laluan motorsikal dari Petaling Jaya menghala Lebuhraya Persekutuan amat merbahaya kerana terpaksa memotong lima lorong kereta. Telah banyak berlaku kemalangan membabitkan motorsikal dan kereta.

Tambahnya lagi, kenderaan berat yang cuba mengelak dari menbayar tol, memasuki jalan dalam kawasan Taman Medan yang menyebabkan kawasan berlaku kesesakan....seterusnya [KLIK]

0 comments:

  © Blogger template 'Perhentian' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP