Sunday, May 11, 2008

Pemimpin Umno pula sertai kerajaan Pakatan

malaysiakini [...] Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mengesahkan bahawa seorang pemimpin veteran Umno telah menerima tawaran untuk berkhidmat dengan kerajaan negeri.

Beliau berkata pemimpin itu menerima tawaran tersebut setelah meletak jawatannya dalam Umno.

"Kami menawarkan beliau untuk menyertai kami dalam kerajaan negeri demi kepentingan rakyat negeri ini.

"Saya akan membuat pengumuman rasmi berkenaan perkara itu dan akan memberitahu nama pemimpin itu pada masa yang sesuai nanti," katanya kepada pemberita selepas majlis pembukaan pusat khidmat DAP Perai hari ini.

Menurut laporan Bernama, Lim berkata surat pelantikan telah diserahkan kepada pemimpin itu.

Beliau berkata pemimpin itu akan menyertai kerajaan negeri dalam tempoh terdekat ini, tetapi enggan mengulas lanjut mengenai jawatan yang ditawarkan.
...seterusnya [KLIK]

0 comments:

  © Blogger template 'Perhentian' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP